Hari Ahad lepas, 9 dec 2012 saya join sharing session class-asuhan alami dianjurkan oleh Lunatots. Class berlangsung hampir 3jam lebih, cover topic pasal breasfeeding, cloth diaper & babywearing. Hampir 25 org join klas tu termasuk la mommy n daddy to be, parents with babies & yg belum kawin pun ada jgk (bagus diorg ni.. Muda2 dah prepare).
Sy join class ni dgn my bff Imah (pun m2b macam sy jgk ;P). En.Asben tak ikut sebab dia igtkan takde org lelaki yg join class ni, tp sebenarnya ramai je kaum bapa yang join siap tanya mcm2 soalan lagi lebih dari kaum ibu. Good2 ;) back to d topic, sebenarnya bila dah sah mengandung, ada 2 benda yg saya niat nak buat bila ada anak nanti. First, saya nak bf anak saya exclusively smpi umur 2 tahun (yg ni mostly m2b pun rmi yg niat gini), Secondly, saya nak fully ber-CD (Cloth Diaper) for my baby. Dan alhamdulillah, kedua2 niat sy ni dpt fully support dari my asben.
So sebelum nk merealisasikan niat sy ni, haruslah kena bekal ilmu di dada dulu. Jadi sebab tu bila lunatot advertised psl class ni, trus excited nak join =) 1st session start dgn topic breasfeeding dismpikan oleh Lactation Consultant aka owner lunatots sendiri iaitu Pn. Suraya. So dlm session ni banyak dikongsi kebaikan susu ibu vs formula milk, pengalaman ibu2 yg membesarkan anak2 minum susu ibu vs susu formula. Mostly ibu2 yg bf anak ni bgtau daya ketahanan/imunisasi anak2 bf ni jauh lebih tinggi, jadi mereka kurang dapat penyakit spt demam, selsema, batuk etc. Sebabnya susu ibu yg dpt pada anak ni dah ada antibodi yg di develop oleh ibu sendiri. Tu salah satu kelebihan susu ibu.
Apepun, 1 hour session utk cite psl bf ni mmg tak cukup. Sebab tu Lunatot ada anjurkan 1 lagi class untuk discuss pasal breastfeeding sahaja. Kelas ni akan diadakan pada 5 Jan 2013 ni berlangsung selama 5jam & akan dismpikan oleh Pn. Soraya sendiri. Details boleh rujuk SINI.
Next session sambung pasal cloth diaper (CD). Masa ni kitaorg diajar jenis2 CD, cara pemakaian, cara basuh, & cara handle CD di nursery bagi parent yang hantar anak di nursery dan lain2 lagi. Utk tau lebih lanjut, boleh la jenguk2 SINI pula ye.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Entry kali ni sy nk cite psl baby bouncer aka baby rocker. Dari pemerhatian sy, baby bouncer ni merupakan salah satu item yg penting gak dlm checklist brg2 baby. Sebabnya, sy tgk my lil nephew masa newborn pun sgt la suka duk dlm baby bouncer ni. Nak dodoikan utk tido pun letak atas bouncer, masa nak minum susu pun, nak duk atas bouncer gak. My sis pun advise kalau nak beli baby bouncer ni, beli la yg selesa utk baby, ringan supaya senang utk kita hayun/gerak dan juga angkat. So after survey sana sini & wat research skit, sy telah telah meng-shortlisted-kan 3 brand baby bouncer untuk direview & seterusnya dibeli oleh En. Asben. hehehe
1. Fisher Price: Newborn to Toddler Portable Rocker
BLUE FRAME
GREEN FRAME
Ada 2 design yg sy minat. Satu blue frame, lagi satu green frame. Green frame ni basically upgraded version dari blue frame. Fungsi sama, ada auto vibrate, boleh convert rocker to infant seat bila baby dah besar. Cuma kelebihan blue frame ni ada music so boleh la pasang masa nak dodoikan baby. Both rocker ni perlu guna bateri utk berfungsi, Harga plak utk blue frame dalam range rm200-250 & green frame dalam range rm250-300. Tapi setakat yg sy survey, blue frame boleh dpt dlm harga rm195 & green frame dlm harga rm200. Boleh tgk kat fb Lil' Rayyan Boutique.
Sweet kan? Yang ni memang memikat hati sebab warna pink u olls. Sgt sesuai la utk baby gegurl. Tapi en. Asben plak tak setuju kaler pink sebab nanti bila 2nd baby boboi, cam kesian plak nak pakai brg pink kan. Psl warna boleh k.i.v dulu, kita tgk function die dulu ye. Bouncer ni boleh hold baby from birth up to 11 kg. Ada 2 reclining position, ada music with 5 melodies, volume control & boleh vibrate. Yang best nye bouncer ni jgk ada head support pillow, bolster & padded foot area utk bagi baby comfortable duk dalam ni.
Bright Starts Comfort and Harmony Portable Swing credit pic to Mr. Google ;)
Satu lagi koleksi Bright Starts ialah portable swing. Bezanya dengan bouncer ialah ia swing untuk dodoikan baby tido. Ada 6 swing speeds dgn 3 settings: 15 minutes, 30 minutes & 45 minutes. Dua2 design ni pun sama guna mcm Fisher Price, kena guna bateri utk operate. Boleh tgk video bawah ni for further details. Bagi sape yang berminat dengan Bright Starts Comfort and Harmony bouncer & juga portable swing ni... boleh beli kat onlineshop Cute Baby Momma Boutique. Harga for bouncer (rm310 including postage) & swing (rm415 including postage).
3. Babybjorn Babysitter Balance
Sebelum sy review..kita layan video bawah ni dulu ye ;)
Berbanding dengan 2 brand di atas, babybjorn babysitter ni tak gunakan bateri untuk berfungsi (manually operated). Cam dalam video kat atas ni, babysitter ni akan bergerak/berhayun seiring dengan movement baby yang duduk kat atas babysitter ni. Makin aktif baby tu bergerak, makin kuat hayunan babysitter ni. Dengan kata lain, hayunan babysitter ni bergantung entirely pada movement baby. Canggih kan! Ada 3 reclining positions (sleep, rest & play) yang kita boleh pilih ikut kemahuan kita & baby. Babysitter ni boleh hold baby up to 13kg, sangat ringan, mudah dilipat untuk kita bawa ke mana2. Yang bestnya, cloth cover babysitter ni is a reversible fabric, jadi kita boleh guna kedua2 belah dan fabric seat ni juga boleh basuh kalau kotor. Cite pasal harga plak, bila survey2 harga babybjorn babysitter ni kalau di Malaysia, standard harga lebih kurang rm600-rm700. Glurp! (telan ayaq liur) (╥_╥) So, mana satu yang kami pilih?
Bila tunjuk pilihan2 hati ni kat En. Asben, tentulah la die tertarik ngan babybjorn babysitter. Tapi tengok harga la cik abg oiiii, memang cantik menarik tertarik kau memang da bomb! ;P Tapi en.asben ni tanak putus asa, mula la start aktiviti dia mengsurvey harga babybjorn babysitter sana sini.. konon nak cari harga paling murah la kan. tapi cam dibagitau kat atas, memang standard harga babybjorn babysitter ni dalam rm600-rm700. dan tak banyak babyshop di Malaysia yang jual babysitter ni. setakat yang kitaorg jumpa kedai onebabyworld & mybbstore ada jual babysitter ni. So, en.asben ni start la meng-survey harga babybjorn babysitter ni kat luar Malaysia plak. Masuk la Amazon, Ebay, dah siap plan nak kirim kat student2 Malaysia yang duk oversea plak tu. Tapi seperti biasa, even though kat sana harga murah skit (tambah2 lagi tgh christmas sale skrg ni) tapi bila kita campur dengan postage fee ke Malaysia, harganya tak banyak beza sgt... dapat la dalam harga rm500-rm600. So solutionnya?
Panjang plak mengarang entry ni... hehehe. So bila aktiviti meng-survey online ni tak berjaya.. solution terakhir ialah kitaorg pergi ke Maternity & Baby Expo 2012, 30 Nov-2 Dec kat Midvalley haritu dengan harapan moga2 ada la babybjorn babysitter jual kat situ. Ada sapa2 pergi tak expo tu? ;) kitaorg pergi 1st day, hari jumaat 30 Nov tu (siap ambil cuti ni sbb semangat terlebih ;P ). So pagi2 buta dalam pukul 9 pagi kitaorg dah terpacak kat sana. Pukul 10.15am, bila expo dah buka..mula la aktiviti shopping kitaorg. Pusing2 dan shopping dalam 2 jam lebih.. so ni la hasil yang kitaorg dapat...;)
..................
..........
.....
..
. .
Nampak tak kotak panjang tu... tu la dia babybjorn babysitter yang berjaya dijumpai dan dibeli di baby expo aritu =) last booth yang kitaorg singgah sebelum balik... dan cer tgk harga yang kitaorg dapat...
Dapat less 50% dari harga sebenar sebab clearance stock. So harga jadi rm334.50. Apa lagi, en.asben ni pun rembat la tanpa pikir panjang. Bila tanya kat promoter tu, apa nama kedai diorg.. sebab tak tulis plak kat booth tu kan..rupanya kedai Mothercare Malaysia..Yang bestnye babybjorn babysitter ni lifetime warranty.. so kalau ada kerosakan kat babysitter ni boleh la rujuk kedai/company ni.
Ni warna pilihan kami - Black Pinstripe ( nasib baik takde color pink, kalo tak lama dah ai rembat ;P). Saje pilih color hitam sebab senang nak maintain..tak cepat kotor. So on d way balik dari baby expo aritu.. tersenyum lebar la en.asben sebab dapat beli wishlist dia.. dah tak sabar nak tengok anak dia nanti duk atas babysitter ni... tapi hopefully baby kitaorg nanti suka la duk atas babysitter ni.. kalau baby tak nak duduk.. ai soh bapak dia yang duduk! ;P
oklah, dah letih bebel panjang2.. until next update pulak ye.
take care ;)
Last week, Ahad 2/12/12 kitaorg (me & asben) join antenatal class organized by Annur Hospital dekat Hotel Amani, Bangi. Memandangkan sy bercadang utk deliver baby di Annur Hospital, jadi haruslah pergi antenatal klas yg diorg punye kan. Sebab majoriti talk/briefing yang ada pun melibatkan doctor2 dari Annur sendiri. Hampir 90% parents yang join antenatal class hari tu semua tgh expecting 1st baby. Kebanyakan EDD bulan dec ni, january & feb 2013.
Tentatively, class bermula dari pukul 8.45 pagi sampai 5.30 petang. Tapi terbabas jgk sampai pukul 6 petang sebab byk sgt ilmu yang diajar. hehehe.. Entry fee untuk join Annur Antenatal kelas ni ialah RM30 per couple which is sgt2 la berpatutan sebab fee tu termasuk breakfast, brunch (pun ade jgk), lunch, tea & goodies bag dari Annur. Setakat yang saya survey, ni antara yang termurah as compare tu private hospital yg lain. Antenatal class di Annur dibuat setiap 1 kali dalam sebulan, limited to 23 couple only (kalo tak silap)..so sape yg bercadang utk join antenatal class annur ni kena la book cepat2. sebab hangat mcm pisang gorang panas gitu ;P
Kelas start dgn talk dari Dr. Khamsiah (my Gynae ;D ). Mase ni doc intro psl jenis2 kelahiran (caesarean, normal & natural birth), stage of labour, tanda2 bersalin dan lain2. Pastu doc tunjuk alat2 bantuan utk keluarkan baby... vacuum & forsep.. masa tgk vacuum tu cam terkejut eh keciknye bende alah ni.. tapi bila time forsep tu mmg seram jgk la.besau benor.. siap doc ketuk2 besi forsep tu bagi bunyi.. and btau kalau ibu2 yg byk alasan xnk push.. letih la, ape la..doc akan ketuk2 besi forsep kasi berdesing skit kt telinga.. time tu la mula beria nk push.. sebab tanak pki forsep..hehehe.. tapi ape2 pun doc bagitau.. alat2 bantuan kelahiran & doc hanya bantu 50% sahaja utk keluarkan baby..selebihnya 50% lagi tu kena dari ibu tu sendiri.. ibu pun kena bantu utk push baby keluar ( refer to natural/normal birth).
Next class pula bersama dgn doc bius, Dr. Rosnita. So doc ni la yg incharge kalau nak suntik epidural if ibu2 hamil yg nak amik epi masa proses labour nanti. Ada 2 doc bius kat Annur, sorang laki (lupa nama ape) & sorang lagi Dr. Ros ni la. Based on doc advise, kalau ibu2 hamil yang bercadang amik epi..baik amik dari awal2..jangan bila dah 8cm dilated..baru decide nak cucuk epi...masa tu kemungkinan tak sempat.. sebab epi pun ambil masa jgk nk fully function.. nanti bila dah cucuk epi.. dan2 tu baby pun nak keluar..so rugi dah kat situ.. fyi kos epidural kat Annur hospital ni rm700 ( for cash patient & yang guna GL company). Tapi part lawak yang doc Ros cite... ada patient dia yg mintak doc suntik epi.. husband yg kat sebelah pulak yg lebih2 pengsan.. sebab takot tgk jarum suntik tu..hahaha.. tak pasal2 dah tambah 2 patient kat situ. Jadi asben2 yg akan masuk labour room nanti.. make sure kena kuat semangat la kan (daku harap asbenku jgk begitu. ;D
Then, briefing dari Dr. Khairul (Consultant Paediatrician ANSH). Masa ni doc cite psl jaundice, sebab2 jaundice, cara cegah, immunization etc. Lepas tu sambung talk - Nutrition during Pregnancy dari wakil Mead Johnson dan talk psl Stem Cell dari spokeperson Stem Life Berhad. Stem Cell ni di mana kita boleh simpan darah dari placenta & tali pusat baby yang baru lahir untuk digunakan masa akan datang bila baby, siblings or parent sendiri kena penyakit kronik seperti kanser, leukemia dan lain2. Nak cite panjang2 pun den tak reti sangat.. so kalau ada yg berminat boleh click SINI dan juga SINI.
Letih plak taip pjg2 ni.. sambung next entry la pulak ye =)
goodies bag yg dpt (haruslah pilih pink kan utk gegurl ;D )
Alhamdulillah sy masih diberi peluang utk bernafas di muka bumi Allah ini. Hari ni genap setahun sy mengabaikan blog terchinta ni. Kalau la ni rumah, memang dah siap bersawang berhabuk segala bagai dah kan. Entah2 siap ada penunggu lagi! ;P hehehe. Ni pun nak login masuk blog ni.. punya la lama pikir... tak igt email & password nk masuk blog sendiri..ish ish kejam sungguh tuan blog ni (≧◡≦)
Jadi hari ni sy meng-decide utk aktifkan diri balik dlm dunia blogging. Rasa rindu nak menconteng dinding blog ni, nak berkongsi life story dgn kwn2 rapat & kwn2 alam maya ;D. tapi utk makluman, even though sblm ni sy dah tak aktif menconteng blog, tapi hobi membaca blog kwn2 rapat & rakan2 blogger masih aktif lagi ye. So tau la skit2 perkembangan org lain (xde la cam katak bwh tempurung sgt kan ;p). Ada yg dah kawin, dpt anak, tambah anak n etc. Alhamdulillah i'm so happy for you guys!
So macam mana perkembangan tuan empunya blog ?
(ni soklan sendiri tanya, sendiri jwb.. hehehe >< )
Tuan tanah alhamdulillah sihat walafiat disamping husband & family tersayang. Me n asben (as of today) masih lagi berdua... tetapi.. (ada tapi tu ;p) akan jadi ber-3 insyallah pada awal february tahun depan. Yep, i'm pregnant! Skrg dah nak masuk 8 bulan dah =) baby pun makin lama makin aktif, kuat kicking dalam perut mak buyung ni. Jadi, utk itu sy upkan my pregnancy tracking. Org lain dari awal2 pregnant dah wat tracking, sy ujung2 nak beranak, baru nk wat. hehehe. takpe la..janji ade dari xde kan..;P
p/s dari gmbr baby tu cam dah leh agak gender apa kan kan? =)
Rasenya pasni korang tau la entry2 yg akan datang mesti akan berkaitan dgn hal2 baby. So stay tuneedd.. until my next update. hehehe. skrg nak sambung blog hopping. tata (≧◡≦)