Hari Ahad lepas, 9 dec 2012 saya join sharing session class-asuhan alami dianjurkan oleh Lunatots. Class berlangsung hampir 3jam lebih, cover topic pasal breasfeeding, cloth diaper & babywearing. Hampir 25 org join klas tu termasuk la mommy n daddy to be, parents with babies & yg belum kawin pun ada jgk (bagus diorg ni.. Muda2 dah prepare).
Sy join class ni dgn my bff Imah (pun m2b macam sy jgk ;P). En.Asben tak ikut sebab dia igtkan takde org lelaki yg join class ni, tp sebenarnya ramai je kaum bapa yang join siap tanya mcm2 soalan lagi lebih dari kaum ibu. Good2 ;) back to d topic, sebenarnya bila dah sah mengandung, ada 2 benda yg saya niat nak buat bila ada anak nanti. First, saya nak bf anak saya exclusively smpi umur 2 tahun (yg ni mostly m2b pun rmi yg niat gini), Secondly, saya nak fully ber-CD (Cloth Diaper) for my baby. Dan alhamdulillah, kedua2 niat sy ni dpt fully support dari my asben.
So sebelum nk merealisasikan niat sy ni, haruslah kena bekal ilmu di dada dulu. Jadi sebab tu bila lunatot advertised psl class ni, trus excited nak join =) 1st session start dgn topic breasfeeding dismpikan oleh Lactation Consultant aka owner lunatots sendiri iaitu Pn. Suraya. So dlm session ni banyak dikongsi kebaikan susu ibu vs formula milk, pengalaman ibu2 yg membesarkan anak2 minum susu ibu vs susu formula. Mostly ibu2 yg bf anak ni bgtau daya ketahanan/imunisasi anak2 bf ni jauh lebih tinggi, jadi mereka kurang dapat penyakit spt demam, selsema, batuk etc. Sebabnya susu ibu yg dpt pada anak ni dah ada antibodi yg di develop oleh ibu sendiri. Tu salah satu kelebihan susu ibu.
Apepun, 1 hour session utk cite psl bf ni mmg tak cukup. Sebab tu Lunatot ada anjurkan 1 lagi class untuk discuss pasal breastfeeding sahaja. Kelas ni akan diadakan pada 5 Jan 2013 ni berlangsung selama 5jam & akan dismpikan oleh Pn. Soraya sendiri. Details boleh rujuk SINI.
credit pic to Lunatots
Next session sambung pasal cloth diaper (CD). Masa ni kitaorg diajar jenis2 CD, cara pemakaian, cara basuh, & cara handle CD di nursery bagi parent yang hantar anak di nursery dan lain2 lagi. Utk tau lebih lanjut, boleh la jenguk2 SINI pula ye.
No comments:
Post a Comment